Friday, December 19, 2008
Kaitan berus gigi dengan serangan jantung?
Aku : Dah berus gigike belum?
Teman : Belum..
Aku : Pergilah berus.. bahaya tu.
Teman : Bahaya... apa yang bahaya?
Aku : Bahaya... nanti kau kena serangan jantung.
Teman : Serangan jantung!!! Betulke?
Aku tersenyum melihat teman terpinga-pinga. Antara percaya dengan tidak.
Aku memberikan satu artikel kepadanya. Lantas dibacanya dengan penuh minat…
Menurut Pensyarah Jabatan Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Carolina Utara, Profesor Ray William, kajian klinikal membuktikan bahawa banyak kes serangan jantung juga berlaku kepada individu yang kurang memberi penjagaan pada kebersihan mulut.
Menurut Prof. Ray William, bakteria dalam mulut boleh merebak ke organ lain melalui salur darah. Kehadiran bakteria merangsang sistem imun badan untuk bertindak balas bagi menghapuskannya. Kesan tindak balas ini boleh menyebabkan keradangan, terutama pada sistem kardiovaskular (jantung) dengan menebalkan dinding salur darah. Keadaan ini lama kelamaan menyebabkan salur darah menjadi sempit dan serangan jantungpun boleh berlaku.
Malah dalam kajian lainpun terdapat para penyelidik yang turut mengaitkan kehadiran bakteria dalam mulut juga boleh menyebabkan seseorang itu terkena serangan strok, kencing manis, kelahiran tak cukup bulan dan bayi lahir tidak cukup berat.
Aku lihat teman aku itu mengerutkan dahinya...
Aku terus tersenyum… "hai teman, jangan banyak fikir. Cepat! pergi berus gigi tu.. hehe"
Posted by Rashid at 19.12.08
Kamis, 18 Desember 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan mengisi komentar Anda...